BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 2, 2009

Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima

Kurasakan aku telah terlalu banyak menerima. Bukan tidak bersyukur, tapi rasanya telah tiba masanya untuk aku pula yang menghulur sesuatu. Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Jika dulu aku terlalu sibuk untuk mendengar keluh-kesah dan berita gembira di sekekelilingku, kini aku mahu mula meminjamkan deria dengar dan lihatku untuk sama-sama merasai apa yang orang lain rasakan.

Jika dulu aku tidak peka dengan apa yang terluah dari bibir, kini aku mahu memerhatikan bait-bait kata yang bakal diucap. Jika dulu aku mudah terluka dan melukakan, apa kata kali ini aku cuba untuk sesekali merasa pedihnya. Dulu aku tidak tahan merasa kesakitan, kini nak tak nak aku bakal melaluinya.

Dulu tanganku sangat mudah untuk melepaskan, walaupun hati tak bersedia untuk menerima kesannya. Aku selalu menukarkan perasaan sendiri sehingga aku sendiri keliru. Aku ketawa menghibur diri tatkala aku terlalu sakit. Aku tetap berdiri walau aku tahu aku terlalu lemah. Aku tetap mendengar kata-kata pedih walau aku tahu aku terlalu rapuh untuk semua itu. Silapnya aku, aku senang ‘terlupakan’ sakit yang aku pernah rasai.

Aku perlu cuba belajar untuk kurang mengendahkan sakitku ini. Mungkin aku boleh tersenyum selepas itu. Aku akan berikan apa yang terbaik pernah aku miliki, punyai, rasai dan segala apa yang pernah aku dapat.

0 comments: