BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 5, 2009

Happy Birthday to Me!!

Aku bersyukur aku masih lagi bernafas bila aku terjaga pagi tadi. Hari ini pada pukul 1.10 tengah hari genaplah usiaku 22 tahun. Aku dilahirkan pada hari Jumaat kata emak. Sama seperti hari ini. Aku bangun pada hari ini seperti tiada apa-apa yang istimewa buatku. Tak seperti tahun-tahun sebelumnya, aku begitu teruja menunggu dan meraikan ulang tahun kelahiranku.

Hmm...kenapa ye? Mungkin juga timbul kesedaran di hati.. Februari lepas aku mengikuti Induction Course untuk Kelab Titian Asli. Ada lapan orang ahli baru yang mengikuti training itu termasuklah aku. Dua hari satu malam je.. Nak dijadikan cerita, malam tu kami ada aktiviti. Lebih kurang pukul 11 selepas selesai aktiviti, kami minum malam beramai-ramai. Kami pun start la “bedtime story”. Ada sorang mulakan cerita dan yang lain ke sambung. Sampailah cerita tu dah jadi panjang meleret dan merapu. Apapun, tu cuma tuk kami menghabiskan malam tu bersama-sama.

Tepat pukul 12, salah seorang AJK kelab tu wat pengumuman. “Kalau tak salah saya, hari ini kita akan menyambut hari lahir salah seorang rakan kita,” katanya. Lebih kurang camtu lah bunyinya. Kami berpandangan sesama sendiri. Maklumlah masing-masing baru kenal kan, jadi tak tau lah besday siapa yang dimaksudkan. “Apa kata kita menjemput Nasrullah untuk memberikan sedikit ucapan sempena hari jadinya,”tambahnya lagi. Barulah kami tahu Nasrullah orangnya. Dia terpinga-pinga tapi perlahan-lahan dia bangun.

Pada kami walaupun baru saling mengenali, Nasrullah seorang yang kelakar. “Bagi saya, tak perlu untuk kita menyambut hari lahir. Hari lahir kita adalah hari ‘mati’ ibu kita,” semua orang terkesima. Kalau tadi kami bergelak ketawa tapi kini diam seribu bahasa. “Pada hari kita lahir, ibu kita bertarung nyawa untuk melahirkan kita. Kenapa kita harus berbangga menyambutnya. Apapun saya ucapkan terima kasih kerana mengingati hari lahir saya,” katanya menutup bicara. Ada betulnya apa yang dikatakan Nasrullah tadi. Ucapannya ringkas tapi padat dengan makna.

Mungkin sebab itu, hari ini aku tak terlalu beria-ia meraikan hari lahirku. Terima kasih kepada emak, Puan Siti Haida Bt Ismail kerana telah melahirkan aku. Tanpa mak dan abah, aku takkan ada di dunia ni.

0 comments: