BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 4, 2009

sayang

Aku gelisah melihat mentari melabuhkan tirainya...

Tapi aku gembira melihat bintang-bintang di malam hari.

Malangnya..ada ketika bintang itu kelam..

Menyorok dari pandanganku...

Aku cuba gantikan bintang yang tak kelihatan dengan lilin.

Namun ia tak sama..lilin membahangkan..

Bintang buat aku tenang..

Sekali aku terpandangkan bintang, aku seakan sedang terbang...

Langit terlalu luas untuk aku memerhatikan bintang..

Begitulah kehidupan..

Aku terlalu bahagia melihat orang-orang yang aku sayangi disekelilingku..

Mereka adalah orang-orang yang bahagia yang selalu membawa aku ke dalam kebahagiaan
mereka.

Aku tak mahu satu pun bintangku jatuh atau hilang dari pandangan..

Aku sayang kamu semua...

Aku sayang mak, abah, Nina, Hafiz dan Hisyam..

Aku sayang saudara mara aku..

Aku sayang jiran tetanggaku..

Aku sayang semua sahabat, teman,rakan dan kawan aku..

Aku sayang sekalian guru-guruku..

Aku sayang semua BUN BUN, Bacin, Cit Cit dan Tel Tel yang ada..

Kepada yang tak sempat disebutkan secara khusus di sini, aku mohon pengampunan..

Walau kadang-kadang sayang tak pernah terucap dari aku untuk kamu semua, selagi ada
bintang di langit..selagi itu tanda sayangku ada untuk semua...

0 comments: