BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 1, 2009

..plkn..

Tiba-tiba saja aku rindukan kawan-kawan semasa di kem PLKN dulu. Faezah, Liza, Zira, Ezard, Along, Kak long, Naa, Ieyla, Yaa, Siew Chin & Ah Leng. Aku rindukan suasana PLKN. Jadualnya padat tapi kami masih boleh bergembira. Walaupun masih baru mengenali di antara satu sama lain, tapi itu bukan penghalang untuk kami.

Genap seminggu selepas SPM, kami diarahkan melapor diri di kem masing-masing. Malangnya, di Pahang dan Terengganu ketika itu banjir teruk. Banyak jalan yang ditutup dan kami diarah melapor diri seminggu selepas tarikh yang ditetapkan. Aku yang sangat teruja sewaktu menerima khabar aku terpilih ke PLKN, menjadi berat hati untuk pergi. Mengemas barang pun sambil lewa sahaja. Sewaktu menunggu untuk pergi ke kem, bas kami pula rosak. Bas kami adalah yang terakhir meninggalkan stesen pada masa itu.

Di dalam bas, aku duduk di sebelah kawan sekolahku, Fattaniah. Kami tidaklah rapat sangat tapi masih bertegur sapa. Sampai saja di kem, kami diminta memberikan kad pengenalan untuk pemeriksaan. Beg-beg kami diperiksa kalau-kalau ada barang yang dilarang yang kami bawa. Proses itu berjalan lancar. Kami kemudiannya dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil secara rawak untuk menentukan bilik.

Beberapa hari kemudian ia dirombak semula dan bilik kami yang baru, kami dihagikan mengikut kompeni dan pengagihan negeri. Aku di dalam kompeni Charlie. Di sinilah aku berjumpa dengan kawan-kawan yang aku sebutkan tadi. Bilik C4. Lagu Mungkin Nanti nyanyian Peterpan yang popular ketika itu menjadi lagu tema kami sebilik. Itu semua idea Ezard. Aku rindukan mereka semua. Sudah lama tak mendengar khabar berita. Aku masih berhubung dengan Faezah. Dialah orang yang paling rapat denganku sewaktu di kem. Kami merancang untuk keluar tapi sehingga kini kami masih tidak mempunyai peluang.

Dengan Faezah dan Liza aku berkongsi cerita. Suka duka di sana merekalah penemannya. Faezah seorang yang ceria, tak pernah lekang dengan senyum dan ketawanya. Liza pula sangat kelakar orangnya. Mendengarkan dia berkata saja, kami boleh gelak sakan. Liza sangat pekat loghat Terengganunya. Selalunya aku dan Faezah terpinga-pinga sebab tak paham apa yang disampaikan. Liza tak penah jemu menerangkan. Telatahnya menceriakan kami. Aku dan Faezah dari daerah yang sama, Temerloh. Jadi, lebih mudah untuk kami memahami satu sama lain.

Aku juga ada kembar di PLKN. Nama Ieyla sama dengan namaku cuma nama ayah kami yang berbeza. Ieyla duduk di sebelah katilku. Kami selalu juga berkongsi cerita. Biasanya sebelum tidur kerana katilnya paling hampir dengan aku. Siew Chin pula selalu rasa dipinggirkan tapi sebenarnya tidak. Bila kami menerangkan keadaan sebenarnya barulah dia paham. Kami seronok belajar sepatah dua perkataan bahasa Cina dari Siew Chin dan Ah Leng. Ah Leng pula sangat comel orangnya.

Naa suka menyanyi. Pantang ada masa terluang, mesti akan terdengar Naa menyanyi. Yaa pulak suka ketawa. Kalau Yaa dan Faezah dah start ketawa memang macam nak pecah la bilik tu. Susah nak suruh diorang berhenti ketawa. Diorang plan nak anjurkan “Hari Ketawa Sedunia.” Zira plak Cuma akan pandang je. Susah ckit nak tengok Zira ketawa. Paling tidak pun, dia cuma tersenyum.

Kak Long sarat dengan nasihat. Dia da macam kakak kitorang. Apa-apa je mesti rujuk kat Kak Long. Nama dia Hamizah dan dia bukan anak sulong pun. Tapi disebabkan karakter dia seperti kakak bagi kami semua, maka kami pun panggil dia Kak Long. Ezard walaupun kecik tapi sangat aktif. Kejap ke sana, kejap ke sini. Dia pun ceria orangnya. Kesimpulannya, bilik kitorang memang sangat ‘happening’. Pernah bilik kami ditegur Kem Komandan dan disuruh tidur kerana dah lewat malam tapi kami masih berjaga. Kami pura-pura diam tapi bila Kem Komandan dah beredar, kami beroperasi kembali.hehe…

Akhir skali, Along. Dia pun bukan anak pertama kalau tak silap aku, tapi dari mula kenal dia memperkenalkan dirinya sebagai Along. Dia baik tapi aku rasakan dia agak perahsia. Apapun, merekalah yang menceriakan hari-hari aku di Kem Benum Hill Resort, Raub, Pahang. Katu Cikgu Azri, fasilitator Pembinaan Karekter aku, Kem PLKN kami adalah antara dua Kem PLKN tercantik di Malaysia. Memang aku akui kecantikan pemandangan di sana. Kami tak pernah lekang dengan kamera.

Paling best bila berkenu di tasik. Kami berkenu sambil petik bunga teratai. Kami sanggup berdayung jauh sedikit semata-mata untuk mendapatkan lebih banyak teratai. Bijinya kami makan.Masa Water Confidence aku hampir lemas. Faezah punya pasallah. Dia hampir tenggelam dan dia menarik aku bersama. Aku plak yang tercungap-cungap. Dahlah tak tau berenang, aku ditarik plak secara tiba-tiba. Panik gak la.

Senaman pagi pun seronok. Kalau dengan Cikgu Sudin, kami dibawa berlari menuruni bukit. Masa nak balik memang sakitlah nak kena panjat bukit. “Cepat Wirawati!!” Cikgu Sudin menyergah. Geram je kami semua. Dahlah penat, dikerah suruh berlari cepat mendaki bukit. Tak laratlah.

Ada seornag cikgu ni, aku tak ingat apa namanya tapi dia sangat disenangi. Kelakar bila mengingatkan dia. Dia pantang nampak kasut kami bersih. Dia pasti datang dekat dan berborak dengan kami. Pastu dengan selambanya, dia pijak kasut kitorang. Bengang je kitorang. Apa lagi, blasa balik la. Siaplah cikgu tu. Ada peluang, kasut dia plak yang kena pijak. Senda gurau semua tu memgingatkan aku kembali kepada mereka semua.

Langkah kerajaan untuk mengumpulkan semula bekas-bekas pelatih PLKN sangat aku sokong. Banyak kenangan bagi setiap pelatih. Bagi aku, jika hendak aku ceritakan semuanya pun aku tak tau berapa panjang perlu aku tulis. Cukuplah sedikit untuk sorotan dan imbasan bagi aku yang rindu pada kawan-kawanku. Kepada bekas pelatih Kem Benum Hill Resort Kumpulan 1 Siri 2/2005, yang terbaca blog ini, silalah hubungi aku supaya kita masih boleh berhubung dan bertukar cerita.

0 comments: