BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 9, 2010

Doakan Saya...

Salam semua...

Alhamdulillah terbuka juga hati saya tuk menulis semula setelah sekian lamanya tak menjenguk blog ni..

Hati berbaur. Nak bercerita tapi sedang mencari punca..hati saya belum lepas sepenuhnya.
Saya nak berbicara tapi tak tersusun bait-bait kata. Seringkali terjadi, lain di hati lain pula yang keluar dari bibir. Hati mengeluh lagi selepas itu.."Kenapa? Kenapa bila saat-saat genting saya tak boleh berbicara?" Ada hikmahnya... saya yang tak tahu...

2-3 minggu kebelakangan ni, adalah waktu-waktu "hebat" dalam hidup saya. Pengalaman yang baru..rasanya masam-masam manis..kadang-kadang ada tergigit bahagian yang pahit. Bila da sampai ke kerongkong, saya terpaksa telan juga. Dalam tempoh masa ini, saya telah melukakan hati orang, saya telah dikelilingi oleh orang-orang yang banyak membantu, saya telah terlalu banyak meminta pertolongan..terutamanya dari Allah. Tak lekang bibir dan hati saya minta hati sentiasa tenang walau saya tak tahu apa yang bakal saya lalui setiap minit yang akan datang.

Saya sudah menangis semahunya. Banyak bahu dan telinga yang saya pinjam untuk mengurangkan keluh-kesah hati saya. Saya tak kesal, saya tak marahkan sesiapa. Segala puji bagi Allah. Bergenang air mata saya ketika menulis blog ni. Terima kasih Allah. Saya dapat sedikit kasih sayangNya. Alhamdulillah. Saya tak ada perkataan lain lagi nak ucapkan.

Sebelum perkara ni terjadi saya ada membaca beberapa buku dan artikel. Antara kata-kata yang sangat saya ingat, "Bersangka baiklah pada Allah, Allah akan jadi seperti mana yang kamu sangkakan. Jika kamu bersangka buruk, maka buruklah yang kamu dapat. jika kamu bersangka baik, maka itulah yang akan terjadi."

Kepada hamba Allah yang saya lukai hatinya, dengarlah ucapan saya saya tak mampu tuk ucapkan sendiri didepannya. "Segala apa yang terjadi terlalu indah tuk dikenang, dicerita dan disimpan. Saya terima apa yang terjadi. Maafkan saya jika keadaan sekarang jadi kerana saya. Bukan ini penghujung yang saya mahukan juga. Sama-sama doakan yang terbaik. Ingatlah, tak ada satu perkataan sesal pun dari saya. Maafkan saya..."

Seringkali dalam hidup kita akan lakukan kesilapan. Saya sedang cuba baiki diri saya. Kepada sesiapa yang terbaca blog ni, doakanlah saya. Semoga Allah membalas kebaikannya pada kamu semua nanti. Saya mohon hati saya dan orang-orang disekeliling saya sentiasa tenang. Amin...

Thursday, March 4, 2010

Apa tugas siswa/siswi masa kini?

Sejak dua tiga menjak ni aku asyik berulang-alik ke library mencari bahan rujukan tuk tugasan yang diberikan lecturer. Bukan sikit-sikit buku dan maklumat yang perlu dicari..bertimbun. Aku jumpa jalan buntu. Dimana perlu dicari buku-buku tu semua dan apa aku nak buat dengan bukuk-buku yang bertimbun tu? Aku selak helaian buku tu tapi aku tak faham apa yang patut aku buat. Pening melihat buku yang dah penuh meja tapi aku tak bergerak membuat kerja. Perkara ni berulang untuk beberapa lama. Banyak kali jugak kukira. Akhirnya aku buat kerja lain dan bukan apa yang sepatutnya aku lakukan.

Dari situ aku sedar, aku lalai selama ini. Banyak perkara yang menghanyutkan aku. Aku tak baca apa yang penting untuk aku ketahui. Kerap kali di dalam kelas, lecturer menyuarakan kebimbangan dan kebengangannya terhadap pelajar. Aku akuinya. Tak semua pelajar di universiti melakukan tugasnya dengan 'sempurna'. Memang benar rutin harian pelajar pergi ke kelas, buat dan hantar assignment, jawab kuiz, test dan exam, tapi tak semua pelajar 'berisi'. Tak semua pelajar tau dan faham apa yang dipelajari di dalam kelas.

Pernah suatu ketika lecturer menegur di dalam kelas, "Economic students are very busy with activities. The semester is just started but Kulliyyah Economic is packed with activities. But, you don't know what's happening in our economy. How can you call yourself an economic student? Can somebody tell me about Malaysia Economic Stimulus Package?" Seluruh kelas terdiam. Ada sebabnya lecturer berkata begitu. Semester baru saja bermula tapi aktiviti terlalu banyak aktiviti dianjurkan. Jualan di sana-sini. Tapi bila buka bab ekonomi, semua membisu.

Di sinilah bermula tugas kita semua. Kita mesti mula mencari di mana kelemahan kita dan perbaiki. Aku merasakan perlu untuk kita membaca sesutu yang 'berat' dan melakukan sesuatu yang kritikal. Setiap dari kita ada bidang tersendiri untuk diterokai. Jadi, fikirkanlah dan mainkan peranan kita...

Tuesday, February 9, 2010

Saat indah itu...

Saat itu terlalu indah..

Saat itu terlalu indah untuk dilupakan…

Saat itu juga terlalu indah untuk diingati..

Saat aku bersama kamu dan saat aku bersamanya…

Satu masa, yang indah itu akan pergi…

Yang datang mungkin mimpi ngeri di siang hari…

Membangkitkan aku dari tidur..

Yang indah tidak akan terus indah jika aku terus lena..

Dalam jaga, kadang kita terlena..

Dalam lena, masih ada minda di bawah sedar kita..

Jika semalam ada khilaf dalam perlakuan..

Bantu aku ke pangkalnya..

Aku tak betah berada di tempat semalam lagi..

Ku ingin tinggalkan yang indah untuk seketika kerana aku yakin aku akan kembali padanya..

Cinta dan Love...

Nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Source :fannafael.blogspot.com