BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 26, 2009

For those whom we loved...

I love u so deeply…

So much, I love the sound of your voice…

And the way that we touch

I love your warm smile…

And your kind, thoughtful way

The way that you bring to my life everyday

I love you today

As I have from the start

And I’ll love you forever …

With all of my heart.

F.R.I.E.N.D.S


F.R.I.E.N.D.S are thieves of time.

A F.R.I.E.N.D is another self.

A F.R.I.E.N.D in court is better than a penny in the purse.

Many F.R.I.E.N.D.S in general, one is special.

A F.R.I.E.N.D is not so soon gotten as lost.

No F.R.I.E.N.D to a bosom F.R.I.E.N.D, no enemy to a bosom enemy.

A F.R.I.E.N.D is one who dislikes the same people that you dislike.

F.R.I.E.N.D.S.H.I.P can‘t stand always on one side.

A true F.R.I.E.N.D is one soul of two bodies.

A F.R.I.E.N.D to everybody is a F.R.I.E.N.D to nobody.

F.R.I.E.N.D.S are like fiddle strings, they mustn’t be screwed too tight.

All are not F.R.I.E.N.D.S that speak us fair.

Have but few F.R.I.E.N.D.S though many acquaintances.

L.O.V.E


L.O.V.E and cough can’t be hidden.

L.O.V.E begets L.O.V.E

One can’t be in L.O.V.E and be wise.

Whom we L.O.V.E best, to them we can say least.

Where L.O.V.E is, there faith is.

Men L.O.V.E to hear well of themselves.

No L.O.V.E to a father’s L.O.V.E

When L.O.V.E puts in, friendship is gone.

Next to L.O.V.E, quiteness.

L.O.V.E the babe for her that bears it.

L.O.V.I.N.G comes by looking.


Tips Pergaulan

1. Ringan tulang.

2. Ikhlas, jujur dan berhati bersih melalui kata-kata.

3. Sanggup mendengar apabila orang lain bercakap.

4. Pandai menggunakan teknik untuk memuji dan member pengiktirafan kepada orang lain.

5. Ciri-ciri peribadi dan otak yang menarik.

6. Berbual secara positif dan tidak membuktikan orang lain salah atau bodoh.

7. Tunjukkan kita seorang yang banyak tenaga, selalu ghairah, aktif dan bersemangat.

8. Tunjukkan kita berminat pada orang lain bukan diri sendiri.

9. Tunjukkan sikap dan nilai peribadi kita sama dengan orang lain.

10. Tunjukkan kita suka menyokong dan mendukung orang lain.

11. Positif dan optimistic. Jangan banyak merungut, mengkritik dan mengata orang.

12. Menjadikan perbualan menyeronokkan.

13. Cipta perasaan mesra dan timbang rasa.

14. Tunjukkan kita dan mereka adalah sama taraf dan banyak persamaan.

15. Membuat orang lain berasa seolah-olah sangat rapat dengan kita.

16. Membuat orang lain seronok dengan diri mereka sendiri.

17. Tunjukkan kita seorang yang pandai mengurus dan menjaga diri sendiri.

18. Tunjukkan kita seronok dan selesa bersama mereka.

19. Bawa orang lain sertai dan terlibat dalam aktiviti kita.

20. Pandai cari peluang untuk berjumpa dan berinteraksi dengan orang lain.

Khilafku..

Kita tak pernah tau apa yang akan berlaku dalam tempoh 24 jam akan datang, seminggu, sebulan atau setahun dari sekarang. Walaupun kita merancang masa dan senarai perkara-perkara yang perlu dibuat dan dicapai, segala perancangan kita boleh bertukar sekelip mata. Mungkin kita akan kehilangan orang-orang yang kita sayangi atau kita sendiri yang bakal meninggalkan mereka. Mungkin kita akan berada di satu tahap yang kita tak pernah terfikirkan. Samada di bawah atau di atas.

Hari ini kita hanya pekerja biasa dan tiada siapa tahu lima tahun akan datang kita bergelar CEO. Mungkin juga hari ini kita seorang yang kaya-raya bertukar menjadi orang yang hilang segala harta kemewahannya. Manis apabila membayangkan indahnya hidup dan sakit untuk kita bayangkan sesuatu yang takut kita hadapi.

Setiap perkara perlukan pengurusan yang betul. Itulah caranya hidup di dunia ini. Pernah tak terfikir mengapa kita tak mendapat yang terbaik untuk sesuatu yang kita inginkan. Kita mahukan keluarga yang bahagia, sahabat suka dan duka, wang yang melimpah ruah, kehidupan yang selesa, ketenangan jiwa dan kelapangan fikiran. Tapi realitinya, bukan semua orang mampu mendapatkan semuanya. Tahu kenapa? Kita tak layak untuk itu. Jangan salah faham. Kita mungkin merasakan kita sudah bekerja cukup keras dan berusaha bersungguh-sungguh, tapi masih keinginan tak tercapai.

Setiap detik kita diuji. Kita masih belum tegar untuk diuji sebagai orang yang punyai segalanya. Kita tak tahan dengan dugaannya. Jujurlah pada diri sendiri. Adakah anda mampu menjadi orang yang cerdik pandai tanpa bermegah dengan kepintaran anda? Adakah anda mampu menjadi orang yang kaya raya tanpa pernah lupa kepada yang miskin? Jangan kesal jika kita mendapat apa yang kita hajati.

Hargai dan syukuri apa yang kita punyai. Nikmat hidup tak terhitung. Banyak perkara yang membuatkan aku sedar. Allah tidak pernah tidur. Rintihan kecil dalam hati aku didengari tanpa aku sedar dan tau. Aku tak pasti apa yang sedang menghampiri aku, tapi aku senang membilang detik-detik yang berlalu dalam hidup. Aku telah dapat kembali apa yang pernah aku hilang tanpa aku sedar selama ini. Rupanya ada perkara yang aku terlepas pandang dan kubiarkan pergi begitu saja. Aku khilaf.

Aku bersyukur keadaan tak menghukum aku. Dikembalikan padaku apa yang hilang dan ditambahkan dengan kemanisan yang lainnya. Kesakitan yang dulu, inilah penawarnya. Sengalnya kadang terasa tapi itulah yang menguatkan aku.

Apa ada dalam hati kita?

Apa ada dalam hati kita? Cinta,sayang, benci, kasih, dendam… hati kita adalah penyimpan rahsia terbesar diri seseorang. Wajah adalah indeks kepada hati. Ada benarnya. Kadang-kadang apa yang kita rasakan terpancar pada riak muka. Tindakan refleks yang tak dapat dikawal. Tapi itu bukanlah segalanya. Orang boleh terluka dalan senyumnya. Kita pula boleh melukakan orang dalam tawa.

Hati adalah ibarat satu kotak yang kita campakkan segala kertas yang sarat dengan tulisan yang kita coretkan. Hati tak pernah membongkarkan rahsia kita. Segalanya selamat di situ.

Aku nak nangis ni. Tapi tak boleh tulis kat sini kenapa, sebab aku pun tak tau kenapa aku nak nangis. Mungkin sebab dah nak senja kot. Aku tak suka tengok matahari nak terbenam. Sayu… aku mesti sedih tiba-tiba. Aku pun pelik. Sejak kecil lagi da camni. Hmm..apa pun, hanya hati aku tau.

Kenapa kita berahsia? Kadang-kadang aku rasakan aku terlalu berahsia dengan hatiku sendiri. Aku tak bijak menzahirkan apa yang aku rasa pada hatiku sendiri. Orang berahsia kerana tak mahu ada yang salah tanggapan, malu menceritakan perkara sebenar dan mungkin takut dengan apa yang bakal dihadapi jika berterus terang. Segalanya beralasan.

Suatu ketika dulu, air mata aku terlalu mahal. Susah untuk ia mengalir walau setitik. Hatiku keras waktu itu dan lapisan emosi aku tebal. Entah kenapa dan tak kuingat sebabnya, aku mula menangis semula. Mungkin kerana kotak hati aku sudah terlalu sarat. Tak tertanggung lagi. Dan aku bertukar menjadi orang yang senang menitiskan air mata dan kadang-kadang hanya kerana perkara ringan.

Terus terang kukatakan aku rasa serba salah menangis pada perkara yang tak perlu. Aku pernah terbaca, kita akan di soal di hari pembalasan atas setiap titik air mata yang kita alirkan. Waktu itu, aku rasa takut. Ke mana perginya kekuatanku? Empangan air mata aku mudah runtuh. Maksudku, aku bukan mudah menangis menonton cerita-cerita sedih atau membaca novel. Cuma hatiku tak boleh terusik barang sedikit. Perit rasanya. Aku benci menangis kerana benda-benda kecil dan bodoh untuk ditangisi. Tapi, aku tak tahan.

Camne ni? Sedih lagi. Da nak maghrib ni. Baik berhenti menulis dulu. Tak suka! Tak suka! Tak suka! Takpelah, senja pun tak lama kan. Pasni aku okey la semula.hehe.. tak mau nangis-nangis tau. Nak nangis biar ada sebab yang relevan.

P/S: This blog was written yesterday, but I post it today...

Wednesday, July 1, 2009

Kita takkan berjaya menentang guruh di langit..

Jangan dilawan fitrah manusia kerana ia ada dalam hati kecil kita. Larilah..nafikanlah.. Fitrah tak pernah berubah. Fitrah adalah 'makanan' kita. Jika kita tak makan, maka lemahlah kita..