BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 26, 2009

Tips Pergaulan

1. Ringan tulang.

2. Ikhlas, jujur dan berhati bersih melalui kata-kata.

3. Sanggup mendengar apabila orang lain bercakap.

4. Pandai menggunakan teknik untuk memuji dan member pengiktirafan kepada orang lain.

5. Ciri-ciri peribadi dan otak yang menarik.

6. Berbual secara positif dan tidak membuktikan orang lain salah atau bodoh.

7. Tunjukkan kita seorang yang banyak tenaga, selalu ghairah, aktif dan bersemangat.

8. Tunjukkan kita berminat pada orang lain bukan diri sendiri.

9. Tunjukkan sikap dan nilai peribadi kita sama dengan orang lain.

10. Tunjukkan kita suka menyokong dan mendukung orang lain.

11. Positif dan optimistic. Jangan banyak merungut, mengkritik dan mengata orang.

12. Menjadikan perbualan menyeronokkan.

13. Cipta perasaan mesra dan timbang rasa.

14. Tunjukkan kita dan mereka adalah sama taraf dan banyak persamaan.

15. Membuat orang lain berasa seolah-olah sangat rapat dengan kita.

16. Membuat orang lain seronok dengan diri mereka sendiri.

17. Tunjukkan kita seorang yang pandai mengurus dan menjaga diri sendiri.

18. Tunjukkan kita seronok dan selesa bersama mereka.

19. Bawa orang lain sertai dan terlibat dalam aktiviti kita.

20. Pandai cari peluang untuk berjumpa dan berinteraksi dengan orang lain.

0 comments: