BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 26, 2009

Apa ada dalam hati kita?

Apa ada dalam hati kita? Cinta,sayang, benci, kasih, dendam… hati kita adalah penyimpan rahsia terbesar diri seseorang. Wajah adalah indeks kepada hati. Ada benarnya. Kadang-kadang apa yang kita rasakan terpancar pada riak muka. Tindakan refleks yang tak dapat dikawal. Tapi itu bukanlah segalanya. Orang boleh terluka dalan senyumnya. Kita pula boleh melukakan orang dalam tawa.

Hati adalah ibarat satu kotak yang kita campakkan segala kertas yang sarat dengan tulisan yang kita coretkan. Hati tak pernah membongkarkan rahsia kita. Segalanya selamat di situ.

Aku nak nangis ni. Tapi tak boleh tulis kat sini kenapa, sebab aku pun tak tau kenapa aku nak nangis. Mungkin sebab dah nak senja kot. Aku tak suka tengok matahari nak terbenam. Sayu… aku mesti sedih tiba-tiba. Aku pun pelik. Sejak kecil lagi da camni. Hmm..apa pun, hanya hati aku tau.

Kenapa kita berahsia? Kadang-kadang aku rasakan aku terlalu berahsia dengan hatiku sendiri. Aku tak bijak menzahirkan apa yang aku rasa pada hatiku sendiri. Orang berahsia kerana tak mahu ada yang salah tanggapan, malu menceritakan perkara sebenar dan mungkin takut dengan apa yang bakal dihadapi jika berterus terang. Segalanya beralasan.

Suatu ketika dulu, air mata aku terlalu mahal. Susah untuk ia mengalir walau setitik. Hatiku keras waktu itu dan lapisan emosi aku tebal. Entah kenapa dan tak kuingat sebabnya, aku mula menangis semula. Mungkin kerana kotak hati aku sudah terlalu sarat. Tak tertanggung lagi. Dan aku bertukar menjadi orang yang senang menitiskan air mata dan kadang-kadang hanya kerana perkara ringan.

Terus terang kukatakan aku rasa serba salah menangis pada perkara yang tak perlu. Aku pernah terbaca, kita akan di soal di hari pembalasan atas setiap titik air mata yang kita alirkan. Waktu itu, aku rasa takut. Ke mana perginya kekuatanku? Empangan air mata aku mudah runtuh. Maksudku, aku bukan mudah menangis menonton cerita-cerita sedih atau membaca novel. Cuma hatiku tak boleh terusik barang sedikit. Perit rasanya. Aku benci menangis kerana benda-benda kecil dan bodoh untuk ditangisi. Tapi, aku tak tahan.

Camne ni? Sedih lagi. Da nak maghrib ni. Baik berhenti menulis dulu. Tak suka! Tak suka! Tak suka! Takpelah, senja pun tak lama kan. Pasni aku okey la semula.hehe.. tak mau nangis-nangis tau. Nak nangis biar ada sebab yang relevan.

P/S: This blog was written yesterday, but I post it today...

0 comments: