BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 4, 2009

Bedtime story untuk bacin..

Ada sepasang merpati yang selalu terbang bersama ke mana-mana sahaja mereka pergi. Mereka hidup gembira. Pada suatu hari mereka telah pergi ke sebuah tasik. Mereka makan makanan yang ditabur oleh para pengunjung di situ. Setelah kenyang, mereka hinggap di atas sebatang dahan. Mereka menyanyi sambil bersiul-siul dengan riangnya.

Dengan tak semena-mena, sedang mereka asyik bergembira seekor dari burung merpati itu jatuh ke tanah. Merpati yang lagi satu itu terkejut. Merpati tersebut melihat ke tanah dan ternampak kepala kawannya itu berdarah. Badannya tidak lagi bergerak. Merpati itu tahu bahawa kawannya telah mati. Kedengaran bunyi gelak ketawa tidak jauh dari dahan tempat merpati itu hinggap. Tahulah merpati itu yang kawannya telah dilastik oleh sekumpulan kanak-kanak. Merpati itu terpaksa terbang pergi meninggalkan kawannya yang telah mati.

Merpati itu sangat sedih mengenangkan kawannya. Ia menangis sehingga menitis air matanya semasa ia terbang. Air matanya terkena pada seekor burung layang-layang. Burung layang-layang tersebut terkejut dan mencari dari mana datangnya air itu. Hendak dikatakan hujan tidak mungkin kerana airnya cuma setitik. Ia mendongak ke langit dan ternampak seekor burung merpati yang terbang tak tentu hala. Ia pun terbang cuba mendekati merpati tersebut.

Sejak dari hari itu burung merpati dan layang-layang mula bersahabat dan menjadi pasangan walaupun mereka dari spesies berlainan. Burung merpati sudah tidak bersedih lagi. Ia hilang kawan merpatinya tetapi ia telah bertemu dan bersahabat dengan burung layang-layang. Hidupnya kembali gembira.

0 comments: