BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 17, 2009

Sambungan Sifat Thaharah Nabi

Tertib Wuduk

1. Berturut-turut dr anggota wuduk yang pertama sehingga yang akhir.
2. Mulakan dgn anggota wuduk yg kanan.

Sunnah-sunnah dalam Wuduk

1. Bersugi(menggosok gigi) sblm berwuduk. [Muttafaqun ‘Alaihi]
2. Gunakan tgn utk menggosok anggota wuduk dgn air. [Ibn Khuzaymah]
3. Menbasuh kedua-dua tpk tgn sblm berwuduk sbyk 3 kali. Sekiranya baru bgn dr tidur maka hukumnya wajib membasuh kedua-dua tpk tgn.
[Muttafaqun ‘Alaihi]
4. Berwuduk satu-satu kali, dua-dua kali atau tiga-tiga kali dan jgn lbh dr yg demikian utk setiap anggota wuduk. [Abu Dawud]
5. Mengeringkan anggota tubuh badan slps berwuduk dgn menggunakan tuala atau lain-lain. [Ibn Majah]
6. Melebihkan kwsn pembasuhan anggota wuduk(wajah, kedua-dua tgn dan kedua-dua kaki) ketika membasuh anggota wuduk tersebut. [Muttafaqun ‘Alaihi]
7. Mengusap bhgn atas kasut atau sarung kaki. Had waktu yg dibolehkan utk menyapu atas kasut atau sarung kaki ialah satu hari bagi yg bermukim dan tiga hari dua malam bagi yg bermusafir. [al-Daraquthniy]

Perkara-perkara yang Membatalkan Wuduk

1. Keluar sesuatu dr dua kemaluan. [Surah al-Nisaa’:43, Muttafaqun ‘Alaihi]
2. Tidur nyenyak. [Abu Dawud]
3. Hilang akal spt gila, mabuk, pitam dan pengsan. [Ijma’ Ulama]
4. Menyentuh kemaluan tanpa berlapik. [al-Tirmidhi & al-Hakim. Disahihkan oleh al-Tirmidhi dan al-Albani]
5. Memakan daging unta. [Muslim]

Perkara-perkara yang Disunatkan Untuk Wuduk

1. Ketika hendak tidur. [al-Bukhariy]
2. Sblm mandi junub. [Ahmad & al-Tirmidhi. Al-Tirmidhi mensahihkannya]
3. Slps membawa mayat. [Abu Dawud & al-Tirmidhi]
4. Slps memakan daging selain dr daging unta(slps mkn daging unta wajib berwuduk). [Ahmad]
5. Setiap kali hendak solat maka sunnah memperbaharui wuduk. [al-Nasa’i]
6. Selepas makan makanan yg dimasak dgn api.
[Muslim]

Tatacara Mandi Junub
Apabila engkau telah bermimpi didatangi wanita dan mengeluarkan air mani atau engkau melihat pada pakaianmu ada kesan air mani, maka engkau wajib mandi junub.
Berikut adalah tatacara mandi junub:

1. Berniat di dalam hati untuk mandi junub dan membaca bismillah. [Muttafaqun ‘Alaihi]
2. Membasuh tgn dua atau tiga kali. [Muttafaqun ‘Alaihi]
3. Gunakan tgn kanan utk mengalirkan air ke tgn kiri lalu basuh kemaluan dan apa-apa yg terkena mani. [al-Bukhariy, Muslim & al-Nasa’i]
4. Gosok-gosokkan tgn di tanah atau dinding. [Muttafaqun ‘Alaihi]
(Sebahagian ulama membenarkan penggunaan sabun)
5. Mengambil wuduk spt wuduk utk solat tanpa membasuh kedua-dua kaki. [al-Bukhariy]
6. Masukkan tgn ke dlm bekas air lalu menyelat rambut sehingga terasa air menyentuh kulit kepala. [Muttafaqun ‘Alaihi]
7. Tuang air di kepala sbyk tiga kali cedukan, mulakan dgn bhgn kanan dan diikuti dgn bhgn kiri. [al-Bukhariy]
8. Tuang air ke seluruh badan. [Muttafaqun ‘Alaihi]
9. Basuh kedua-dua kaki slps selesai mandi.
[Muttafaqun ‘Alaihi]

Tayammum
Ketahuilah engkau bhw tayammum blh dilakukan utk bersuci sbg ganti kpd wuduk dan mandi junub dlm situasi tertentu.

1. Tatacara tayammum
• Berniat di dlm hati dan membaca bismillah. [Muttafaqun ‘Alaihi]
• Menepuk kedua-dua tpk tgn dgn sekali tepukan ke tanah atau tempat berdebu yg suci, spt dinding dan lain-lain. Kemudian hembus kedua-dua tpk tgn tersebut.
[Muttafaqun ‘Alaihi]
• Mengusap muka dgn kedua-dua tpk tgn td. Kemudian usap blkg tgn kanan dgn tapak tgn kiri. Slps itu usap blkg tgn kiri dgn tpk tgn kanan. [Muttafaqun ‘Alaihi]
2. Tayammum blh dilakukan dgn semua jenis debu yg suci yg berasal dr tanah, spt pasir, batu dan kapur. [Surah al-Maidah: 6]

3. Perkara-perkara yg membatalkan tayammum:
• Semua perkara yang membatalkan wuduk.
• Apabila air ditemui. [Abu Dawud & al-Nasa’i]

4. Hal –hal yg dibolehkan utk bertayammum:

a) Jika air tidak ditemui atau air yg ada tidak cukup utk bersuci (wuduk dan mandi junub) [Muttafaqun ‘Alaihi]
b) Orang yg sakit atau cedera dan dibimbangi sekiranya digunakan akan mendatangkan mudarat. [Abu Dawud & Ibn Majah]
c) Jika air yg digunakan terlampau sejuk dan dibimbangi sekiranya digunakan akan mendatangkan mudarat. [Abu Dawud]
d) Jika air yang ada lebih diperlukan utk kegunaan lain spt minuman, memasak dan sebagainya. Sekiranya air digunakan utk bersuci maka dibimbangi keperluan tersebut tidak dpt dipenuhi. [al-Daraquthniy]
e) Jika air ada tetapi terhalang dr mendapatkannya, spt tiada alat utk menimba air dan ada musuh berdekatan berdekatan kwsn air. [al-Bukhariy]

0 comments: