BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 3, 2009

Jom Jadi Usahawan!


Aku baru balik dari program Jom Jadi Usahawan anjuran Kementerian Belia & Sukan di Kompleks Rakan Muda Klang. Banyak perkara yang aku ketahui sepanjang program tersebut. Aku seperti dibawa ke sebuah panggung wayang melihat episod resipi kejayaan para usahawan. Penceramah di sana walaupun agak baru dalam dunia perniagaan tetapi pencapaian mereka boleh dibanggakan. Rasanya susah bagi aku untuk tidak merasakan bosan apabila menghadiri program. Mengantuk adalah satu elemen penting dan akhirnya apa yang disampaikan tak akan masuk kepala. Tapi program kali ini sangat-sangat berbeza.

Pada mulanya aku sertai program hanya kerana ajakan kawan dan sangkaanku, aku cuma perlu jadi AJK proogram. Rupa-rupanya aku hadir untuk jadi peserta. Itu semua tak penting sebab semuanya berbaloi. Program ini bukan sekadar cerita kosong. Ianya realistik dan membuka mata aku bahawasanya di bumi Malaysia yang tak sebesar mana ini ada peluang yang tak terhitung banyaknya. Cuma kita yang tak tau di mana hendak mencari peluang. Alhamdulillah telah ditunjukkan kepada aku jalan bagaimana dan apa yang harus dibuat.

Aku sebenarnya mempunyai beberapa perkara yang telah lama aku fikirkan untuk dibuat. Namun aku tak tau daripada mana harus ku mula. Sekarang aku dah dapat gambaran serba sedikit. Insya Allah ada rezeki akan ku laksanakan juga dalam masa terdekat ini. Masa yang ada akan aku manfaatkan. Apapun, terima kasih yang tak terhingga kepada penceramah-penceramah program Jom Jadi Usahawan di atas input-input berguna yang dikongsi bersama semua peserta program.

Aku percaya setiap orang ada potensi diri untuk dikembangkan. Percayalah dengan diri sendiri kerana aku juga sedang cuba meyakinkan diri aku sendiri yang aku juga boleh melakukan sesuatu..SEMOGA MANFAAT DARI PROGRAM INI DAPAT DIKONGSI BERSAMA..



0 comments: