BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 25, 2009

..eksperimen..

Masihkah sempat untuk aku mengubah keadaan? Aku selalu mengeksperimen diriku sendiri dengan melakukan pelbagai cubaan. Dan aku tak pernah bosan untuk terus mengeksperiman akibat di atas sesuatu perbuatan yang aku lakukan. “Trial and Error”. Aku aku terus lakukan sehingga aku puas hati dengan hasilnya.

Sewaktu di sekolah dulu, ada pemeriksa kertas soalan datang ke sekolah memberikan ceramah. Katanya untuk soalan objektif, biasanya pembahagian jawapan antara A,B,C dan D hampir sama. Contohnya, jika ada 40 soalan, berkemungkinan besar jawapan A ada 10, B ada 11, C ada 9 dan D ada 10. Tapi katanya, ia bukanlah seratus peratus tepat. Cuma kebiasaannya begitu. Mungkin pengalamannya atau analisis yang dibuat sendiri, aku kurang pasti.

Mulai dari hari itu, setiap kali aku tidak dapat menjawab soalan setelah berkali-kali mencuba, aku membuat perkiraanku sendiri. Aku mula menghitung bilangan jawapan A, B, C dan D yang telah aku jawab. Selebihnya aku cuba untuk menyamakan bilangan jawapan. Percaya atau tak, aku melakukan eksperimen ini setiap kali peperiksaan. Bagaimana dengan hasilnya? Haha..biarlah hanya aku yang tahu.

Satu lagi perkara yang aku perasan adalah setiap kali aku mengatakan tidak sempat untuk membuat sesuatu, sebenarnya aku mempunyai masa yang cukup untuk melakukannya. Aku menghabiskan masa dengan mengatakan kepada diri aku sendiri, “tak sempatlah”. Kita yang membentuk diri kita dengan memberi arahan yang betul kepada otak kita. Jika kita sentiasa memberi arahan yang negatif kepada otak, maka negatif jugalah hasil yang kita akan dapat.

Aku belajar dari hari ke hari hasil daripada eksperimen yang telah aku lakukan secara tidak langsung kepada diri sendiri. Tak kira kat mana aku berada, dengan siapa, waktu bila aku tak kisah. Apabila aku rasakan perlu, aku akan mengeksperimen. Kadang-kadang orang lain pun aku buat eksperimen.

Aku mudah bosan melakukan perkara yang sama berulang kali. Jadi, ini masa yang seronok untuk mengeksperimen. Apa akan jadi kalau aku tak buat kerja rumah? Mak marah? Setakat mana mak akan marah? Aku boleh tahan telinga tak? Kalau telinga panas, jawabnya pasni jangan buat lagi. Kalau ok, teruskan mengeksperimen.

Tiap hari bila nak pergi kelas, aku akan ikut jalan yang sama. Jalan kaki lebih kurang 15 minit. Bosan la. Kali ni tukar la plak. Ikut jalan lain. Kalau biasa pergi ikut jalan depan perpustakaan, hari ni menyelinap lalu belakang perpustakaan. Jalan yang mana lebih cepat sampai kelas? Jawapannya, ikut jalan belakang perpustakaan.hehe.. Tapi setelah beberapa lama, aku da bosan sebab ikut jalan belakang jarang jumpa orang. Bosannya hidup. Macam orang pasif je. Aku pun ubah lagi. Pergi kelas kena cepat, jadi aku ikut jalan belakang perpustakaan. Bila nak balik, aku ikut jalan depan sebab tak perlu tergesa-gesa dan bolehlah meluaskan pandangan. Jalan pun lenggang-lenggang kangkung je.

Macam tu lah aku saban hari. Dari dulu sampai sekarang. Pelbagai hasil aku dapat dari eksperimen aku sendiri. Ada yang best dan ada yang tak best langsung. Kadang-kadang aku dah tak ingat apa yang aku eksperimenkan sebab dah terlampau banyak. Yang penting, aku bahagia dengan apa yang aku lakukan.

0 comments: