Tatacara Bersuci
1. Muqaddimah
2. Tatacara Wuduk S.A.W
3. Tertib Wuduk
4. Sunnah-sunnah dalam Wuduk
5. Perkara-perkara yang membatalkan Wuduk
6. Perkara-perkara yang disunnahkan utk Wuduk
7. Tatacara Mandi Junub
8. Tatacara Tayammum
Muqaddimah
Wahai semua, ketahuilah bhw solatmu hanya diterima Allah apabila engkau bersuci mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak diterima solat (seseorang) tanpa bersuci." [Muslim]
Tatacara Wuduk S.A.W
1. Berniat di dalam hati utk mengambil wuduk tanpa diucapkan dgn lisan. Sabda Nabi s.a.w:
"Sesungguhnya setiap perbuatan itu mestilah dgn niat." [Muttafaqun 'Alaihi]
2. Membaca Bismillah.
"Tidak sempurna wuduk seseorang yang tidak membaca Bismillah." [Ahmad, dihasankan oleh al-Albani]
3. Membasuh kedua-dua tapak tgn dan menyelat selah-celah jari.
Aus bin Aus al-Thaqafi r.a berkata: "Aku melihat Rasulullah s.a.w apabila berwuduk membasuh kedua-dua tapak tgnnya tiga kali." [Ahmad & al-Nasa'i]
"Apabila seseorang bgn dr tidurnya maka jgnlah dia trs memasukkan kedua-dua tgnnya di dlm bekas air sehingga dia membasuhnya, krn dia tidak mengetahui di mana tgnnya berada swktu dia tidur." [al-Bukhariy]
"Apabila engkau berwuduk gosoklah celah-celah jari-jemari tgnmu dan kakimu."
[al-Tirmidhi mensahihkannya & Ibn Majah]
4. Madhmadhah (berkumur-kumur), istinsyaq (menyedut air ke dlm hidung) dan istintsar (mengeluarkan/menyemburkan air keluar dari hidung).
- Menggabungkan madhmadha dan istinsyaq dgn satu tapak tgn kanan.
- Bersungguh-sungguh melakukan istinsyaq kecuali kecuali dlm keadaan berpuasa.
[Abu Dawud, disahihkan oleh al-Albani]
- Istinsyaq dgn tgn kanan, istintsar dgn tgn kiri.
Drpd Humran pelayan Uthman ibn Affan r.a bhwsnya dia melihat Uthman meminta sebekas air lalu dibasuhnya kedua-dua tgnnya (shgga pergelangan tgn) tiga kali, kemudian dimasukkanya tgn kanannya ke dlm bekas utk berkumur-kumur dan istinsyaq (menyedut air ke dlm hdg) kemudian istintsar (menghembuskan air dr hdg) kemudian membasuh mukanya tiga kali, dan kedua-dua tgnnya hgga ke siku tiga kali, kemudian mengusap kepalanya, kemudian membasuh kedua-dua kakinya tiga kali hgga ke buku lali, kemudian beliau berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yg berwuduk spt wudukku ini, kemudian dia solat dua rakaat, sdgkn hatinya khusyuk (ikhlas dan tidak 'ujub) nescaya Allah ampuni sgla dosanya yg tlh lalu.
[Sahih Muslim]
5. Membasuh muka.
- Membasuh muka dgn mengalirkan air ke seluruh kwsn muka.
- Kwsn muka ialah dr pgkl rambut di ubun-ubun shgga ke hjg dan telinga kanan shgga telinga kiri.
- Sekiranya memiliki janggut, hendaklah diselat-selat dgn jari-jemari.
[Abu Dawud, al-Baihaqi dan al-Hakim]
6. Membasuh kedua-dua tgn shgga ke siku.
- Btsn siku ialah sendi penyambung antara lengan atas dan lengan bwh.
- Membasuh bermula dr dr hjg jari-jemari shgga ke siku.
- Boleh jg membasuh bermula dr siku shgga ke hjg jari-jemari.
- Mengusap kepala menggunakan kedua-dua tapak tgn, bermula dr bhgn dpn, digerakkan ke blkg shgga tengkuk, kemudian digerakkan kembali ke hdpn smla.
[Diriwayatkan oleh al-Jama'ah]
- Trs mengusap kedua-dua telinga tnp perlu mengambil air lg.
- Mengusap kedua-dua telinga kanan dan kiri dgn cara memasukkan jari telunjuk ke dlm telinga dan ibu jari mengusap bhgn luar telinga.
[Abu Dawud & al-Thahawi]
- Jika memakai serban, disunnahkan mengusap di atas serban tnp perlu menanggalkannya.
- Bagi wanita yg berjilbab, dibolehkan mengusap di atas jilbab.
8. Membasuh kedua-dua kaki shgga ke buku lali.
- Mulakan dgn kaki kanan.
- Gunakan jari-jemari tgn utk menyelat di celah jari-jemari kaki.
"Aku bersaksi bhw tidak ada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bhw Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk golongan org-org yg bertaubat dan org-org yg mensucikan diri."
[Riwayat al-Tirmidhi, sahih menurut al-Albani. sesiapa yg membacanya slps wuduk nescaya akan dibuka bgnya lapan pintu syurga di mana dia boleh msk dr pintu mana shj yg dia kehendaki]
"Maha Suci Engkau Ya Allah dan sgla puji utk-Mu. Aku bersaksi bhw tidak ada Tuhan yg berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan-Mu danaku bertaubat kpd-Mu.
[al-Tabrani, al-Nasa'i. Sesiapa yg membacanya slps wuduk nescaya pahalanya akan ditulis pd kertas putih dan kekal sehingga hari Kiamat]
0 comments:
Post a Comment