Salam semua...
Alhamdulillah terbuka juga hati saya tuk menulis semula setelah sekian lamanya tak menjenguk blog ni..
Hati berbaur. Nak bercerita tapi sedang mencari punca..hati saya belum lepas sepenuhnya.
Saya nak berbicara tapi tak tersusun bait-bait kata. Seringkali terjadi, lain di hati lain pula yang keluar dari bibir. Hati mengeluh lagi selepas itu.."Kenapa? Kenapa bila saat-saat genting saya tak boleh berbicara?" Ada hikmahnya... saya yang tak tahu...
2-3 minggu kebelakangan ni, adalah waktu-waktu "hebat" dalam hidup saya. Pengalaman yang baru..rasanya masam-masam manis..kadang-kadang ada tergigit bahagian yang pahit. Bila da sampai ke kerongkong, saya terpaksa telan juga. Dalam tempoh masa ini, saya telah melukakan hati orang, saya telah dikelilingi oleh orang-orang yang banyak membantu, saya telah terlalu banyak meminta pertolongan..terutamanya dari Allah. Tak lekang bibir dan hati saya minta hati sentiasa tenang walau saya tak tahu apa yang bakal saya lalui setiap minit yang akan datang.
Saya sudah menangis semahunya. Banyak bahu dan telinga yang saya pinjam untuk mengurangkan keluh-kesah hati saya. Saya tak kesal, saya tak marahkan sesiapa. Segala puji bagi Allah. Bergenang air mata saya ketika menulis blog ni. Terima kasih Allah. Saya dapat sedikit kasih sayangNya. Alhamdulillah. Saya tak ada perkataan lain lagi nak ucapkan.
Sebelum perkara ni terjadi saya ada membaca beberapa buku dan artikel. Antara kata-kata yang sangat saya ingat, "Bersangka baiklah pada Allah, Allah akan jadi seperti mana yang kamu sangkakan. Jika kamu bersangka buruk, maka buruklah yang kamu dapat. jika kamu bersangka baik, maka itulah yang akan terjadi."
Kepada hamba Allah yang saya lukai hatinya, dengarlah ucapan saya saya tak mampu tuk ucapkan sendiri didepannya. "Segala apa yang terjadi terlalu indah tuk dikenang, dicerita dan disimpan. Saya terima apa yang terjadi. Maafkan saya jika keadaan sekarang jadi kerana saya. Bukan ini penghujung yang saya mahukan juga. Sama-sama doakan yang terbaik. Ingatlah, tak ada satu perkataan sesal pun dari saya. Maafkan saya..."
Seringkali dalam hidup kita akan lakukan kesilapan. Saya sedang cuba baiki diri saya. Kepada sesiapa yang terbaca blog ni, doakanlah saya. Semoga Allah membalas kebaikannya pada kamu semua nanti. Saya mohon hati saya dan orang-orang disekeliling saya sentiasa tenang. Amin...
Saturday, October 9, 2010
Doakan Saya...
Copyright of fadzilah at 10/09/2010 11:46:00 PM 0 comments
Thursday, March 4, 2010
Apa tugas siswa/siswi masa kini?
Sejak dua tiga menjak ni aku asyik berulang-alik ke library mencari bahan rujukan tuk tugasan yang diberikan lecturer. Bukan sikit-sikit buku dan maklumat yang perlu dicari..bertimbun. Aku jumpa jalan buntu. Dimana perlu dicari buku-buku tu semua dan apa aku nak buat dengan bukuk-buku yang bertimbun tu? Aku selak helaian buku tu tapi aku tak faham apa yang patut aku buat. Pening melihat buku yang dah penuh meja tapi aku tak bergerak membuat kerja. Perkara ni berulang untuk beberapa lama. Banyak kali jugak kukira. Akhirnya aku buat kerja lain dan bukan apa yang sepatutnya aku lakukan.
Dari situ aku sedar, aku lalai selama ini. Banyak perkara yang menghanyutkan aku. Aku tak baca apa yang penting untuk aku ketahui. Kerap kali di dalam kelas, lecturer menyuarakan kebimbangan dan kebengangannya terhadap pelajar. Aku akuinya. Tak semua pelajar di universiti melakukan tugasnya dengan 'sempurna'. Memang benar rutin harian pelajar pergi ke kelas, buat dan hantar assignment, jawab kuiz, test dan exam, tapi tak semua pelajar 'berisi'. Tak semua pelajar tau dan faham apa yang dipelajari di dalam kelas.
Pernah suatu ketika lecturer menegur di dalam kelas, "Economic students are very busy with activities. The semester is just started but Kulliyyah Economic is packed with activities. But, you don't know what's happening in our economy. How can you call yourself an economic student? Can somebody tell me about Malaysia Economic Stimulus Package?" Seluruh kelas terdiam. Ada sebabnya lecturer berkata begitu. Semester baru saja bermula tapi aktiviti terlalu banyak aktiviti dianjurkan. Jualan di sana-sini. Tapi bila buka bab ekonomi, semua membisu.
Di sinilah bermula tugas kita semua. Kita mesti mula mencari di mana kelemahan kita dan perbaiki. Aku merasakan perlu untuk kita membaca sesutu yang 'berat' dan melakukan sesuatu yang kritikal. Setiap dari kita ada bidang tersendiri untuk diterokai. Jadi, fikirkanlah dan mainkan peranan kita...
Copyright of fadzilah at 3/04/2010 06:50:00 PM 0 comments
Tuesday, February 9, 2010
Saat indah itu...
Saat itu terlalu indah..
Saat itu terlalu indah untuk dilupakan…
Saat itu juga terlalu indah untuk diingati..
Saat aku bersama kamu dan saat aku bersamanya…
Satu masa, yang indah itu akan pergi…
Yang datang mungkin mimpi ngeri di siang hari…
Membangkitkan aku dari tidur..
Yang indah tidak akan terus indah jika aku terus lena..
Dalam jaga, kadang kita terlena..
Dalam lena, masih ada minda di bawah sedar kita..
Jika semalam ada khilaf dalam perlakuan..
Bantu aku ke pangkalnya..
Aku tak betah berada di tempat semalam lagi..
Ku ingin tinggalkan yang indah untuk seketika kerana aku yakin aku akan kembali padanya..
Copyright of fadzilah at 2/09/2010 09:37:00 PM 0 comments
Cinta dan Love...
Nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
Source :fannafael.blogspot.comCopyright of fadzilah at 2/09/2010 09:22:00 PM 0 comments
Tuesday, November 10, 2009
what's on my mind?
Many things come across my mind right now.Im thinking of smthg far ahead, for the next 2-3 years. Im thinking what i gonna be doing after graduate. Let me jot down some of them.
1. i wanna study physics and math for SPM level..home tuiton maybe..
2. persuing MBA in local university or abroad.
3. mastering in islamic economic.
But before dat, i have to plan few things for my semester vacation. i have to admit that most of the time, im not a good student...i did everything on the very last moments. I postponed everything that i can and consequently i have to do it all over again. Redo, reconstruct and re-, re-, re-.....
Im tired of planning my financial budget..it never works, anyway. For this time i really hope it will work. For God sake..plzzzz...to deal with money is to deal with urself at first, what i mean is self-discipline. I can talk, i can write to you but it does not guarantee i can do it. Guys, support me... it's juz like THE SHOPAHOLIC. She writes a very good financial tips for people but she cannot manage herself. And now, we're talking about desires.
Next, i plan to sleep all day long...and i know after that, a lot more plan will come out from my head. juz wait and see.. Happy holiday everybody!! I'll write again when i have somethg to share with you..
Copyright of fadzilah at 11/10/2009 05:40:00 PM 0 comments
Wednesday, October 14, 2009
kau..
Aku ingin menangis tapi tiada air mata yang menitis. Hati aku pedih tak siapa tahu. Aku kecewa dengan sikap segelintir orang. Tak tahu tanggungjawab pada diri sendiri dan tak kurang juga yang senang hati dengan kesakitan orang lain. Mereka lupa agaknya siapa mereka. Biar aku ingatkan kembali. Setiap dari kita adalah hamba di dunia pinjaman tuhan ini. Siapa aku dan siapa kau tak penting. Kita sama kecilnya pada mata Pencipta.
Ya Rabbi, berat dugaanmu pada kami di ketika ini. Aku reda. Aku pasti ada jalan keluarnya. Aku nampak jalannya dari sini. Aku akan cuba melangkah lebih laju bermula detik ini. Detik aku disakiti..
Copyright of fadzilah at 10/14/2009 12:09:00 AM 0 comments
Thursday, August 6, 2009
Salam terakhir
Berita kematian adalah satu potret sedih dalam hidup setiap insan. Berat melepaskan yang tersayang. Bila terjadinya kematian, kadang-kala ada timbulnya sesalan di hati kita. Kita tak sempat melakukan sesuatu perkara atau melakukannya bersama orang yang telah pergi. Seperti pepatah Arab yang aku pelajari di sekolah dulu, lebih kurang begini bunyinya, “ANDAI AKU TAHU SAAT TERAKHIR BERSAMAMU ADALAH PADA HARI PEMERGIANMU, NESCAYA AKU AKAN LAKUKAN SESUATU YANG TAK PERNAH AKU LAKUKAN”.
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir
Sunat bagi kita mengingati mati. Akan kucuba membaiki hubunganku sesama manusia dan juga denganMu ya Rabbi. Moga mudah jalanku ke sana nanti.
Copyright of fadzilah at 8/06/2009 11:55:00 PM 0 comments
Pindah..atau hijrah?
Aku akan ke satu daerah baru..
Mungkin asing dan mungkin juga tidak bagiku..
Kenapa?
Kerana aku tak lagi selesa di sini..
Copyright of fadzilah at 8/06/2009 11:52:00 PM 0 comments